Sunday 18 December 2011

KUNCI PERSAINGAN

 Kunci persaingan bagi kedai Rona ialah alat tulis yang dijual lebih murah berbanding kedai lain. Justeru itu, ramai pelajar buleh berjimat cermat dengan membeli peralatan alat tulis di kedai Rona. Contoh alat tulis yang biasa dibeli oleh pelajar ialah buku latihan, pen, fail dan sebagainya.
 Disamping itu juga, kedai rona turut menyediakan khidmat Photostat yang lebih murah berbanding kedai lain. Jika pelajar Photostat dengan kuantiti yang banyak mereka akan dapat harga yang lebih murah lagi. Oleh itu, mereka lebih suka memilih kedai rona sebagai kedai pilihan pengguna.
Seterusnya, kedai rona mempunyai kunci persaingan seperti memiliki mesin faks. Jadi pelajar tidak perlu bimbang kerana di kedai Rona kebanyakan perkhidmatan disediakan untuk memuaskan hati dan kehendak pelajar. Ini kerana kedai rona ini juga di bawah Kosiswa UUM. Justeru itu,harga yang dikenakan akan berpatutan dan mengambil kira kemampuan pelajar serta kebajikan pelajar.
Selain itu,computer juga disediakan oleh kedai Rona untuk kemudahan pelajar. Contohnya ialah pelajar boleh print tugasan yang diberi oleh pensyarah dengan kadar yang murah dan tidak perlu bimbang untuk mengeluarkan kos yang tinggi. Ini kerana kedai Rona menawarkan harga yang mampu dibayar oleh pelajar.
Tambahan lagi, kedai rona mengambil strategi untuk mengekalkan pelanggan yang sedia ada dan menarik lagi pelanggan dengan mengadakan promosi dan meletakkan diskaun bagi sesiapa yang membeli dalam kuantiti banyak. Contohnya diskaun terbaru ialah pembelian RM10 ke atas akan mendapat diskaun sebanyak 10 %. Harga barangan di kedai RONA juga boleh dirunding bergantung kepada jenis barang tersebut. Berbeza pula dengan kedai lain yang menetapkan harga dan tidak boleh dirunding kerana harga yang ditawarkan itu adalah harga yang tetap.



No comments:

Post a Comment