Sunday 18 December 2011

ALAT YANG DIGUNAKAN

 Alat yang digunakan untuk mengambarkan industry pembuatan ni ialah mesin fotostat, kelengkapan alat tulis, komputer, mesin faks dan sebagainya. Alat ini penting untuk menjadikan kedai Rona sebagai salah satu kedai pilihan pengguna dan mampu berdaya saing dengan kedai lain.
Alat Tulis
Alat tulis yang dijual di kedai rona ialah pen, pensil, pemadam, pembaris, buku tulis ,fail dan banyak lagi dengan menawarkan harga yang murah dan berpatutan. Alat tulis ini amat penting kepada pelajar kerana ia merupakan keperluan harian kepada pelajar. Justeru itu, penawaran kepada alat tulis ini akan berterusan kerana permintaan yang tinggi daripada pelajar.
Mesin Faks
Faks disediakan bagi kemudahan pelajar-pelajar untuk menghantar faks. Kebanyakan program di kolej memerlukan kita menghantar faks kepada pihak-pihak yang berkaitan untuk mendapat penajaan atau sebagainya. Salah satu sebab kedai rona menjadi pilihan pengguna disebabkan ia menawarkan faks, di mana kedai lain tidak menawarkan faks.
Mesin fotostat
Fotostat juga ditawarkan dengan harga yang lebih murah berbanding dengan kedai lain. Fotostat yang ditawarkan di kedai Rona ialah 5 sen sehelai. Tambahan lagi, kedai Rona ini akan menawarkan diskaun kepada sesiapa yang fotostat dalam kuantiti banyak.
Komputer
Selain khidmat fotostat kedai ini turut menyediakan khidmat print kepada pelajar yang memerlukannya. Ini kerana computer adalah salah satu tempat tumpuan pelajar untuk menyiapkan tugasan atau sebagai print nota kuliah.

No comments:

Post a Comment